Proton terima lebih 4,000 tempahan S70

Proton terima lebih 4,000 tempahan S70

Proton Holdings Bhd menerima lebih 4,000 tempahan setakat ini bagi kereta sedan kompak S70 yang baru dilancarnya.

Proton Holdings Bhd menerima lebih 4,000 tempahan setakat ini bagi kereta sedan kompak S70 yang baru dilancarnya.

PENGELUAR kereta nasional, Proton Holdings Bhd menerima lebih 4,000 tempahan setakat ini bagi kereta sedan kompak S70 yang baru dilancarnya.

Timbalan ketua pegawai eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, sambutan menggalakkan itu mencerminkan keyakinan dan keterujaan pelanggan terhadap model terbaharu itu.

“Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90, kami kini membawa kehebatan teknologi kami kepada model sedan keluarga yang baharu.

“Minggu lalu, Proton S70 membuat penampilan sulungnya di Sabah, dan kini, kami teruja untuk meneruskan keterujaan itu ke Sarawak.

Sumber