Proton jual 141,900 unit kenderaan setakat November

Proton jual 141,900 unit kenderaan setakat November

Proton S70 telah melepasi jumlah tempahan sebanyak 900 unit seminggu, menjadikan jumlah tempahan untuk model itu melebihi 3,000 unit.

Proton S70 telah melepasi jumlah tempahan sebanyak 900 unit seminggu, menjadikan jumlah tempahan untuk model itu melebihi 3,000 unit.

PENGELUAR kereta nasional Proton Holdings Bhd menjual sebanyak 12,296 unit kenderaan pada November, menjadikan angka jualan dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini berjumlah 141,900 unit bagi pasaran domestik dan eksport.

Sehubungan itu, Proton telah melepasi jumlah jualan sepanjang tahun sebelumnya iaitu 141,432 unit.

“Pertumbuhan sebanyak 12 peratus yang membanggakan berbanding tahun ke tahun membawa kepada pegangan pasaran yang stabil iaitu 19.7 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Proton S70 telah melepasi jumlah tempahan sebanyak 900 unit seminggu, menjadikan jumlah tempahan untuk model itu melebihi 3,000 unit, manakala Proton siri X yang terdiri daripada model X50, X70 dan X90 mencatat pencapaian luar biasa berjumlah 201,710 unit di atas jalan raya.

Sumber