PKMS perlu berdaftar dengan SME Corp rebut peluang bantuan

PKMS perlu berdaftar dengan SME Corp rebut peluang bantuan

Rizal (empat dari kanan) menyampaikan geran bantuan kepada usahawan PMKS pada Program Pengukuhan Mikro Madani Wilayah Selatan di Johor Bahru, pada Selasa.

Rizal (empat dari kanan) menyampaikan geran bantuan kepada usahawan PMKS pada Program Pengukuhan Mikro Madani Wilayah Selatan di Johor Bahru, pada Selasa.

SEKTOR perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus berkembang pesat apabila sebanyak 27,054 PMKS sudah didaftarkan dengan SME Corporation Malaysia (SME Corp), setakat September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy berkata, PMKS merupakan sektor utama dengan bilangan PMKS sebanyak 97.4 peratus direkodkan, mengikut data pada tahun lalu.

“Hampir 80 peratus atau 923,667 daripada jumlah PMKS merupakan perusahaan mikro. Bagaimanapun masih banyak PKMS yang belum mendaftar status perniagaan dengan SME Corp.

“Setakat bulan lalu, sebanyak 27,054 PMKS sudah disahkan status perniagaan mereka oleh SME Corp,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pengukuhan Mikro Madani Wilayah Selatan, di Johor Bharu pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Mohd Radzi Mohd Amin.

Menurut Rizal, usaha sedang dipergiatkan bagi menarik usahawan PKMS mendaftarkan perusahaan mereka dengan SME Corp.

“Pendaftaran PKMS secara rasmi dengan SME Corp membolehkan usahawan sektor berkenaan mendapat pelbagai bantuan kewangan menerusi inisiatif yang ditawarkan di bawah Program Mikro Madani.

“Bagi mempermudah perusahaan mikro memohon bantuan di bawah Program Mikro Madani ini, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online),” ujarnya.

Beliau menjangkakan lebih 20,000 perusahaan mikro akan menerima manfaat di bawah Program Pengukuhan Mikro Madani.

Sumber