Pelantikan Petros Niaga pengedar tunggal LPG langkah monopoli – DPMM Kedah

Pelantikan Petros Niaga pengedar tunggal LPG langkah monopoli – DPMM Kedah

Mohd Zayad. Petros akan dilantik sebagai pengedar tunggal LPG berkuat kuasa 1 Disember 2023.

Mohd Zayad. Petros akan dilantik sebagai pengedar tunggal LPG berkuat kuasa 1 Disember 2023.

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah menyifatkan pelantikan Petros Niaga sebagai pengedar tunggal gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak berkuat kuasa 1 Disember 2023 adalah langkah monopoli.

Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad Md Ismail berkata, langkah terbaharu kerajaan Sarawak melalui pengumuman Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi beberapa hari lepas itu agak mendukacitakan.

Mohd Zayad memberitahu, DPMM Kedah memiliki pendirian sama dengan kerajaan bahawa amalan monopoli di negara ini tidak boleh diteruskan memandangkan ia tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat.

“Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menegaskan semua kementerian mengkaji semula syarikat monopoli sedia ada di bawah bidang kuasa mereka supaya menggalakkan pembangunan ekonomi lebih telus serta persaingan lebih adil.

Sumber