Pelabur domestik meningkat bukti keyakinan pelabur semakin tinggi

Pelabur domestik meningkat bukti keyakinan pelabur semakin tinggi

Tengku Zafrul - Foto Fail Bernama

Tengku Zafrul – Foto Fail Bernama

PENINGKATAN bilangan pelabur domestik terutama melibatkan syarikat tempatan di Malaysia menunjukkan keyakinan dalam kalangan pelabur semakin tinggi berbanding sebelum ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini terbukti apabila 45 peratus daripada RM225 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga September bagi tahun ini adalah daripada pelabur domestik.

“Biasanya kita lihat keyakinan sebelum ini tidaklah setinggi yang dapat dilihat sekarang, (ini) kerana limpahan ekonomi itu menunjukkan pelabur yang masuk memberi impak yang positif untuk syarikat-syarikat tempatan,” katanya kepada pemberita selepas program ‘Ada Apa dengan NIMP 2030 – Maju Industri, Maju Ekonomi Rakyat’ bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Beliau berkata, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan keyakinan pelabur domestik untuk melabur di Malaysia menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Sumber