Pasaran kewangan domestik dipengaruhi sentimen pelabur global – BNM

Pasaran kewangan domestik dipengaruhi sentimen pelabur global – BNM

PASARAN kewangan domestik sebahagian besarnya dipengaruhi sentimen pelabur global pada bulan lepas, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu menjelaskan keadaan kewangan global terjejas terutama disebabkan kenaikan kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun apabila data ekonomi AS yang kukuh mendorong peningkatan jangkaan pelabur terhadap persekitaran kadar dasar yang lebih tinggi.

“Berlatarkan keadaan ini, kadar Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun meningkat sebanyak 14 mata asas (purata serantau: +22 mata asas) manakala nilai ringgit menurun sebanyak 1.6 peratus berbanding nilai dolar AS (purata serantau: -0.3 peratus,” menurut BNM dalam kenyataan Perkembangan Monetari dan Kewangan Oktober 2023 yang dikeluarkan pada Khamis.

BNM memaklumkan bahawa FBM KLCI meningkat sebanyak 1.3 peratus berikutan sentimen pasaran ekuiti domestik yang lebih baik selepas Belanjawan 2024.

Sumber