Pasaran getah ditutup tinggi – Sinar Harian

Pasaran getah ditutup tinggi – Sinar Harian

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga penanda aras minyak mentah dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga penanda aras minyak mentah dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS. – Gambar hiasan

PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga penanda aras minyak mentah dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Pada masa ini, harga penanda aras minyak mentah Brent naik 1.38 peratus kepada AS$94.92 setong manakala unit tempatan merosot kepada 4.4730/4755 daripada 4.4660/4685 pada Rabu.

Sentimen pasaran turut disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, katanya.

“Minit Rizab Persekutuan AS yang dikeluarkan semalam menunjukkan kenaikan kadar faedah yang kurang agresif dalam perancangan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan seterusnya dalam pasaran getah dihadkan oleh prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur.

Sementara itu, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik dua sen kepada 660.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat satu sen kepada 511.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 sebanyak 655.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 509.5 sen sekilogram. – Bernama

Sumber