Pasaran getah ditutup rendah – Sinar Harian

PASARAN getah Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini disebabkan aktiviti jualan sederhana, yang dipengaruhi oleh prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Jumaat disebabkan yen yang lemah.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya pasaran terhad berikutan kenaikan harga minyak mentah dan komitmen China untuk menyediakan lebih banyak rangsangan ekonomi,” katanya.

Harga minyak dilaporkan meningkat berikutan pengumuman oleh Arab Saudi dan Rusia bahawa mereka akan mengurangkan pengeluaran pada bulan depan.

Pada 5.05 petang, minyak mentah Brent naik 0.35 peratus kepada AS$85.42 setong, manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.37 peratus kepada AS$81.83 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 2.5 sen kepada 577.0 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 1.5 sen kepada 480.0 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 576.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 479.5 sen sekilogram. – Bernama

Sumber