Nilai ringgit meningkat, indeks dolar AS terus susut

Nilai ringgit meningkat, indeks dolar AS terus susut

Nilai ringgit meningkat pagi ini, dibuka lebih tinggi apabila DXY merosot selepas Fed memberikan isyarat jelas mengenai pendirian monetarinya untuk tahun depan. - Gambar hiasan

Nilai ringgit meningkat pagi ini, dibuka lebih tinggi apabila DXY merosot selepas Fed memberikan isyarat jelas mengenai pendirian monetarinya untuk tahun depan. – Gambar hiasan

NILAI ringgit meningkat pagi ini, dibuka lebih tinggi apabila Indeks dolar AS (DXY) merosot selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberikan isyarat jelas mengenai pendirian monetarinya untuk tahun depan.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6610/6670 berbanding dolar AS daripada 4.7035/7085 pada penutup Rabu.

DXY susut 0.96 peratus kepada 102.869 mata.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) telah memutus untuk mengekalkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 5.25 peratus hingga 5.50 peratus tetapi membayangkan lebih banyak penurunan kadar faedah antara 2024 dan 2026.

Sumber