Nilai ringgit lebih tinggi berbanding mata wang utama lain

Nilai ringgit lebih tinggi berbanding mata wang utama lain

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain. Foto hiasan

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain. Foto hiasan

RINGGIT diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama kecuali dolar AS pada sesi awal hari ini apabila dolar AS mengukuh di tengah-tengah data inflasi negara itu yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7280/7330 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7090/7140.

Indeks harga pengguna AS (IHP) dilaporkan meningkat 0.4 peratus pada September dan 3.7 peratus berbanding setahun lepas, yang melebihi unjuran masing-masing 0.3 peratus dan 3.6 peratus.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP AS yang lebih tinggi daripada jangkaan berserta insurans tuntutan pengangguran yang berterusan sebanyak 209,000 minggu lepas telah melonjakkan nilai dolar AS.

Sumber