Nilai ringgit kekal RM4.64 pagi ini

Nilai ringgit kekal RM4.64 pagi ini

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi Khamis. - Gambar hiasan

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi Khamis. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan komen daripada Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kemungkinan kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS).

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada paras 4.6435/6470 berbanding dolar AS daripada 4.6430/6470 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Pengerusi Rizab Persekutuan AS Fed Jerome Powell terus bertegas dalam ucapannya kepada Kongres AS bahawa memerangi inflasi akan terus menjadi keutamaan, sekali gus membayangkan dua lagi kenaikan kadar tahun ini.

“Kenyataan Powell telah memusnahkan harapan bagi meningkatkan ekonomi yang menyaksikan penurunan harga ekuiti dan hasil bon yang lebih tinggi.

“Ini akan menguntungkan dolar AS kerana perbezaan kadar faedah memihak kepada aset AS,” katanya kepada Bernama, sambil menambah tahap rintangan semerta untuk USD/MYR ialah pada pada 4.7495, manakala tahap sokongan pada 4.6257.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9284/9328 daripada 5.8975/9026 pada penutupan semalam, merosot berbanding yen Jepun pada 3.2728/2755 daripada 3.2716/2746 dan lemah berbanding euro menjadi 5.1018/1057 daripada 5.0678/0722 sebelumnya.

Begitu juga berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit diniagakan lemah.

Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.3361/3523 daripada penutupan semalam 13.3194/3381 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4635/4666 berbanding 3.4546/4578 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.34/8.35 pada Rabu, tetapi tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 310.4/301.9 – Bernama

Sumber