SEBAGAI melengkapkan lagi barisan model terkini, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) memperkenalkan satu lagi model bagi kategori entry level iaitu Dominar D250.
Dilancarkan pada Mei 2023 sempena Malaysia Autoshow 2023, D250 adalah motosikal berciri naked versi ‘B2’ yang saling tak tumpah seperti abangnya, Dominar D400.
Hampir keseluruhan bentuk adalah sama kecuali enjin bernadikan kuasa 249cc satu silinder DOHC Twin Spark selain beratnya hanya sekitar 183 kilogram (kg) berbanding D400 seberat 190kg./p>
Kesempatan menunggang uji model versi Sport-Tourer ini memberi satu pengalaman baharu.