Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.7160/7210 berbanding dolar AS 4.6465/6510 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar hiasan

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.7160/7210 berbanding dolar AS 4.6465/6510 ketika ditutup pada Khamis. – Gambar hiasan

RINGGIT ditutup tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat selepas unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat yang lebih rendah daripada jangkaan dikeluarkan hari ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat berkata, ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada 3.4 peratus pada suku keempat 2023 berbanding 3.3 peratus pada suku sebelumnya.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.7160/7210 berbanding dolar AS 4.6465/6510 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, unjuran KDNK suku keempat 2023 adalah jauh di bawah jangkaan konsensus sebanyak 4.1 peratus.

Sumber