Ringgit mungkin diniaga paras 4.70 berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit mungkin diniaga paras 4.70 berbanding dolar AS minggu depan

Gambar hiasan. Foto 123RF

Gambar hiasan. Foto 123RF

RINGGIT berkemungkinan diniagakan pada paras 4.70 berbanding dolar AS minggu depan, didorong oleh persekitaran risiko yang tidak menguntungkan.

Ini disebabkan ketidaktentuan geopolitik, jangkaan pemotongan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang semakin berkurangan dan kekurangan langkah rangsangan definitif China.

Kenanga Research berkata bagaimanapun, ringgit mungkin mendapat manfaat daripada potensi peralihan yang agresif dalam hala tuju dasar monetari Bank of Japan, dan jika data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat AS 2023 (S4 2023) adalah lebih lemah daripada yang dijangkakan.

“Perhatian juga akan beralih kepada Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi, ketika pelabur mencari petunjuk daripada ekonomi AS yang semakin sejuk.

Sumber