UDA anjur ‘GreenCity AR iPad Challenge’

UDA anjur ‘GreenCity AR iPad Challenge’

Reza Huzairi (belakang, empat dari kiri) bergambar bersama para pemenang pada Majlis Pembentangan Terakhir dan Pameran 'GreenCity AR iPad Challenge: Shaping Sustainable Urban Cities’. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Reza Huzairi (belakang, empat dari kiri) bergambar bersama para pemenang pada Majlis Pembentangan Terakhir dan Pameran ‘GreenCity AR iPad Challenge: Shaping Sustainable Urban Cities’. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

SYARIKAT pembangunan hartanah, UDA Holdings Berhad (UDA) dengan kerjasama Apple Professional Learning Malaysia (APLM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pakarunding Sdn Bhd terus memperkukuh pendigitalan serta kelestarian menerusi penganjuran ‘GreenCity Augmented Reality (AR) iPad Challenge: Shaping Sustainable Urban Cities’ yang bermula sejak tiga bulan lalu.

Pertandingan yang menggalakkan proses pemikiran reka bentuk kreatif dan inovatif itu dilaksanakan selari dengan salah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu menjadikan penempatan inklusif, selamat, berdaya tahan serta mampan.

Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Korporat Kumpulan UDA, Reza Huzairi Zainudin berkata, penganjuran itu juga merupakan antara inisiatif pihaknya dalam menyokong hasrat kerajaan menuju ke arah kelestarian negara menjelang 2050 dan bertepatan dengan matlamat syarikat.

“Inovasi membangunkan ‘AR City Model’ di atas tanah milik UDA di Lot 44617, Fasa 4 Bandar Tun Hussein Onn, Hulu Langat, Selangor ini mampu menyumbang kepada pembangunan mampan dan mewujudkan bandar lestari untuk kesejahteraan komuniti.

Sumber