MATRADE sasar wujud lebih banyak peluang eksport di Ekspo China

MATRADE sasar wujud lebih banyak peluang eksport di Ekspo China

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak peluang eksport di China dengan menyelaraskan penyertaan 10 syarikat tempatan dalam pelbagai sektor pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) keenam.

Pesuruhjaya Perdagangannya, Damian Santosh Samson berkata, agensi itu optimis acara yang diadakan di sini dari semalam hingga 10 November itu dapat membantu meningkatkan kejelasan produk dan perkhidmatan Malaysia di pasaran antarabangsa, khususnya China.

“China telah menjadi pasaran import yang sangat penting untuk Malaysia dan CIIE merupakan pameran khusus untuk import.

“Memandangkan kita berada dalam era pasca pandemik, kita kini menyaksikan ekonomi mula kembali pulih dan kita mahu syarikat Malaysia mengambil peluang dengan peningkatan trend pembelian di China,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sumber