Malaysia raih komitmen pelaburan RM347 bilion sepanjang misi pelaburan

Malaysia raih komitmen pelaburan RM347 bilion sepanjang misi pelaburan

Anwar ketika Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto: Bernama

Anwar ketika Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. – Foto: Bernama

MALAYSIA berjaya meraih komitmen pelaburan dengan nilai RM347 bilion sepanjang lawatan rasmi serta misi perdagangan dan pelaburan yang diadakan di luar negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pelaburan tersebut diraih di China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

“Komitmen pelaburan ini agak tinggi dan amat memberangsangkan sama ada hasil lawatan dan hasil usaha agensi-agensi kerajaan termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di persidangan Dewan Negara, pada Rabu.

Beliau berkata, kerajaan telah meluluskan pelaburan bernilai RM132.6 bilion iaitu melebihi 60 peratus daripada sasaran tahun ini bagi separuh pertama 2023.

Sumber