Malaysia catat penemuan cari gali lebih 1 bilion tong minyak setara pada 2023

Malaysia catat penemuan cari gali lebih 1 bilion tong minyak setara pada 2023

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) dan kontraktor pengaturan petroleumnya mencatatkan 19 penemuan penerokaan dan dua kejayaan penilaian lanjutan cari gali, menyumbang lebih 1.0 bilion tong minyak setara sumber baharu untuk Malaysia pada 2023.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat minyak negara itu berkata, kejayaan berkenaan hasil daripada program cari gali yang dipergiatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang menyaksikan penggalian 25 telaga, jumlah tertinggi dalam masa setahun sejak 2015.

Ia berkata, lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam dua kelompok di wilayah geologi Balingian dan Luconia Barat.

“Antara penemuan yang utama ialah Gedombak-1, Sinsing-1, Machinchang-1 dan Mirdanga-1 oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, serta Babadon-1 dan Chenda-1 oleh PTTEP Thailand,” katanya.

Sumber