Hotel Le Meridian Putrajaya merupakan lokasi penganugerahan Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2021-2022 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MPTN) Selangor turut dihadiri oleh Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor iaitu Y. B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni.
MTPN telah melakukan tiga peringkat penelitian terhadap 213 orang calon dan hanya 66 orang sahaja yang berjaya merangkul trofi CCA sebagai bukti pencapaian cemerlang mereka di dalam industri yang diceburi. YDP MTPN Selangor, Dato’ Dr. Gavin Voon percaya bahawa penganugerahan tersebut mampu meningkatkan daya saing di samping mengembangkan pertumbuhan ekonomi tempatan. Tambahan pula, beberapa organisasi yang telah berbakti kepada masyarakat sepanjang tahun juga diiktiraf di Majlis Anugerah Pilihan Pengguna (CCA).
Selain itu, para peniaga di seluruh Malaysia disarankan beroperasi menggunakan sistem perniagaan yang sah melalui “Idenfic” serta ditekankan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sah kepada para pengguna atas galakkan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).
“Perkara yang menarik perhatian saya adalah visi MTPN yang selari dengan misi Kerajaan Selangor yakni ‘Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri, Pintar dan Peduli Rakyat’. Dengan ini saya ingin melibatkan diri dengan memberi sokongan kepada MTPN Selangor dengan harapan perniagaan-perniagaan di Selangor berkembang maju” ujar Y. B. Tuan Mohd Zawawi.