Pesawat Boeing 737-8 di Pusat Penyerahan Seattle Amerika Syarikat.
MALAYSIA Aviation Group (MAG) mengumumkan perjanjian sewaan jangka masa panjang yang dimeterai bersama Air Lease Corporation (ALC) bagi penerimaan pesawat Boeing 737-8.
Pengerusi Eksekutif ALC, Steven F Udvar-Hazy berkata, hasil perjanjian itu, proses penghantaran 25 pesawat Boeing 737-8 akan bermula tahun ini sehingga awal 2026.
“ALC dengan berbesar hati mengumumkan perjanjian yang signifikan untuk pesawat baharu 737-8 dengan MAG.
“25 pesawat ini akan membantu Malaysia Airlines memperluaskan lagi rangkaian penerbangan dan menambahbaik operasi dan kecekapan barisan pesawat mereka,” katanya dalam satu kenyataan.