Maeps Serdang dengan bas Hop On Hop Off
Kuala Lumpur – MAEPS SERDANG- Putrajaya
Walaupun telah beberapa kali menaiki bas hop on hop off namun pengalaman kali ini berbeza kerana route yang dirancang berbeza dari kebiasaan yang hanya mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur. Route kali ini dari hotel Tamu menuju ke Maeps Serdang seterusnya ke Putrajaya.
Rombongan road to agro siri 3 telah berlepas dari Tamu hotel & suites dan acara flag off telah dilakukan oleh Encik Uzaidi Udanis Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama Dato Mohamad Khay Bin Ibrahim Group Managing Director Zikay Sdn Bhd. Road to Agro Tourism Siri -3 ini ialah untuk mempromosi destinasi Agro Pelancongan yang menarik di Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan 2018.
Pihak MTC berkerjasama dengan Perbadanan Kg Bharu dan Perbadanan Putrajaya, Jabatan Warisan Negara, Persatuan DSSM, Persatuan Pelancongan Sejarah dan Warisan, Hotel Tamu Kg Bharu, Bas Hop On Hop Off, Mardi Maeps , Hotel Pulse Grande, UPM dan Nafas Cube. Bagi aktiviti Road To Agro Tourism Siri 3, program bermula dengan lawatan ke MAEPS Agrotourism Park yang terletak di Serdang. Satu pengalaman yang mengujakankerana diiringi motosikal berkuasa tinggi di sepanjang perjalanan disamping menikmati pemandangan yang menarik dari Bandar Kuala Lumpur hingga ke Serdang. Setibanya di Maeps kami menaiki tram yang disediakan oleh Maeps.
LAMAN HERBA
Destinasi pertama setibanya di Maeps adalah Taman Herba. Terdapat lebih 150 jenis pokok herba yang ditanam di Laman Herba Maeps. Antaranya pokok tongkat ali, jarum 7 bilah, hempedu bumi, kacip Fatimah, patawali, dan banyak lagi. Setiap satu pohon herba yang ditanam mempunyai pelbagai khasiat. Pengunjung diberi penerangan berkenaan tentang spesis-spesis herba dan madu kelulut yang ada di Malaysia. Menambah keseronokan kerana dapat berpeluang merasai madu lebah kelulut terus daripada sarangnya. Walaupun sarang lebah berdekatan antara satu sama lain, setiap sarang mempunyai rasa yang berbeza. Ada madu berasa lebih manis da nada yang lebih masam bergantung kepada pemakanan lebah kelulut tersebut.
HOUSE OF KAMBING
Melawat Maeps Ecofarm yang menempatkan kambing dan unta di sebuah ladang. Semua berpeluang ber selfie dan memberi makan kambing dan unta yang jinak. Maeps Ecofarm terletak dikawasan House of Kambing Pengunjung dihidangkan dengan Daging Kambing Bakar, sup kambing bersama jus pegaga lemon. Rasa enak hidangan kambing segar dan dimasak dengan rempah ratus menjadi ingatan untuk dikunjungi di masa akan datang.
BENDANG MAEPS
Galeri padi terletak di laman padi. Galeri padi mempamerkan maklumat padi seperti jenis spesis padi, teknik menanam padi, menuai padi, mesin pemproses padi, mesin pengering padi, peralatan dan sebagainya. Evolusi penanaman dan pemprosesan padi turut dipamerkan.
Kami menikmati nasi bendang sambil menikmati pemandangan sawah padi yang cantik dan menenangkan. Rasa lazat hidangan lauk nasi bendang seperti gulai daging salai masak lemak cili api sangat menggamit memori untuk kembali ke situ,
PETTING ZOO MAEPS
Di taman ini bertemu Rakun comel yang nakal. Rakun dobot/bobot sangat manja. Keletahnya seperti bayi yang suka dikendong. Selain itu, terdapat pelbagai spesis burung, arnab, kuda, ular, Macau Parrot dan banyak lagi. Pengunjung berpeluang untuk bermesra dengan haiwan disini. Boleh selfie dan memberi makanan kepada haiwan disitu. Makanan haiwan disediakan oleh pihak G2G Animal Graden.
TEKNO KAFE MAEPS @ Goat2Go farm
Techni Café terletak di bersebelahan G2G Animal Garden (Goat 2 Go). Hidangan istimewa di sini adalah Nasi beriani Kambing. Kelihatan ramai pengunjung datang menikmati makan tengahri disini. Harga berpatutan dan rasa yang enak menarik minat mereka untuk datang ke Techno café. Bagi satu set hidangan tengahari nasi + kari kambing Muda + minuman hanya RM15 sahaja. Jika nak datang sini boleh guna google map/ waze :-
Goat2Go Farm – MAEPS
Jalan MAEPS 4/3, 43400 Seri Kembangan, Malaysia
Nafas Cube@MARDI
Nafas Cube terletak di Taman Tasik Rekreasi Mardi Serdang. Penginapan dalam kontena, khemah dan tiub konkrit sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan. Harga bermula RM120 hingga RM250 untuk bilik vvip. Suasana tenang, pemandangan tasik ditambah dengan kehijauan pepohon disitu sungguh mendamaikan. Jika penulis berkunjung ke situ di masa akan datang akan membawa barang sedikit sahaja memandangakan bilik yang agak kecil berkonsepkan minimalis.