CYBERVIEW RESORT & SPA

Bilik moden di Cyberview Resort

CYBERVIEW RESORT & SPA

Cyberview Resort & Spa terletak di Cyberjaya, Cyberview Resort & Spa merupakan resort butik yang bertaraf 5 bintang. Untuk sampai ke sini, perjalanan 25 minit dari Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hanya 15 minit dari Putrajaya..

Haruman bunga dapat dihidu dan segar dirasakan ketika melangkah ke lobi resort tersebut. Tuala basah dihulur bagi membersihkan wajah/tangan dan jus buah dihidang mendinginkan rasa jiwa yang kepanasan dek panas matahari.

Resort ini mempunyai pilihan chalet, suite dan banglo.  Terdapat bilik suite bulan madu, suite eksklusif dan suite presiden yang pemandangan taman. Bagi yang mempunyai anak-anak pastinya akan memilih bilik yang mempunyai pandangan kolam renang.

Bilik moden di Cyberview Resort
Bilik di Cyberview Resort

Cyberview Resort menawarkan pilihan tempat makan di Restoran Itali Fusion Bistro Cascata, , Karma Bar, Restoran Cina Xing Zhu dan Chillax Pool Bar. Penulis menikmati hidangan makan tengahari di Restoran Verandah yang menyajikan masakan ala Pan Asia.

Sembunyi Spa di resort ini telah memenangi banyak anugerah  atas servis, kualiti, dan layanan yang tip top. Spa ini menawarkan rawatan tradisional Asia dan urutan badan. Pepohon yang menghijau dan air terjun menghiasi landskap spa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *