Industri automotif tempatan merekodkan peningkatan jualan kenderaan baharu pada Oktober dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 74,896 unit – Gambar hiasan
INDUSTRI automotif tempatan merekodkan peningkatan jualan kenderaan baharu pada Oktober dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 74,896 unit.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu mencatatkan 10 peratus lebih tinggi daripada 68,156 unit pada September.
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun ini.
“Berdasarkan rekod, jumlah tertinggi dicatatkan pada Mac iaitu sebanyak 78,849 unit dan disumbangkan oleh kenderaan buatan tempatan,” katanya pada Rabu.