Lotus’s Malaysia, Kechara Soup Kitchen kumpul 1,500kg makanan

Lotus’s Malaysia, Kechara Soup Kitchen kumpul 1,500kg makanan

Azliza (lima dari kiri) menyerahkan keperluan harian kepada Kechara Soup Kitchen.

Azliza (lima dari kiri) menyerahkan keperluan harian kepada Kechara Soup Kitchen.

SEMPENA Hari Makanan Sedunia, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menyerahkan 1,500 kilogram (kg) makanan stabil pantri, air minuman, minyak masak dan keperluan lain kepada Kechara Soup Kitchen.

Program itu dilaksanakan untuk tahun kedua yang dijangka memberikan manfaat kepada lebih 300 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.

Salah satu hasrat utama inisiatif tersebut adalah untuk memastikan bank makanan Kechara mempunyai bekalan makanan berkhasiat yang paling banyak diminta dan mendapatkan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat dari Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, untuk kempen derma makanan yang berlangsung antara 30 September hingga 15 Oktober 2023, Lotus’s telah meletakkan tong makanan secara strategik di tujuh cawangannya seperti di Kepong, Tanjung Pinang, Station 18, Melaka, Seri Alam, Bukit Indah dan Ipoh Garden untuk menggalakkan penyertaan daripada pelanggannya dan orang awam.

Sumber