Hock San (empat dari kiri) bersama barisan Pengarah LBS dan MBG Berhad bergambar selepas taklimat media di Ibu Pejabat LBS, Plaza Seri Setia, di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
PEMAJU perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan 10 projek baharu bakal dilancarkan di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pahang pada 2024.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, sasaran pelancaran projek itu merangkumi 4,858 unit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.33 bilion.
“Kami teruja untuk memulakan tahun ini dengan optimis dan positif, fokus utama syarikat adalah mencapai sasaran 2024 sambil mengutamakan tiga teras utama iaitu Mampu Milik, Ketersambungan serta Komuniti.
“Sebagai pemaju yang mengutamakan rakyat, kami turut mengintai beberapa peluang dan berusaha untuk melancarkan hartanah dengan jumlah GDV bernilai RM2.33 bilion di beberapa negeri.