Sinar Al-Jumu’ah, misi Ummah #GrandReset bermula esok

Sinar Al-Jumu’ah, misi Ummah #GrandReset bermula esok

Barisan panelis Sinar Al-Jumu'ah siri 1 menampilkan (dari kiri) Fazrul, Hussamuddin, Ustaz Shamsul Hakim dan Ustaz Faris.

Barisan panelis Sinar Al-Jumu’ah siri 1 menampilkan (dari kiri) Fazrul, Hussamuddin, Ustaz Shamsul Hakim dan Ustaz Faris.

SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Sinar Al-Jumu’ah, “Jumaat kita lesu?”, sebagai pembuka tirai 2024 dalam membawa misi Surah Al-Jumu’ah untuk Ummah #GrandReset pada jam 11 pagi, esok.

Sinar Al-Jumu’ah merupakan program bual bicara yang disiarkan di platform Facebook dan YouTube QuranHour, Facebook Sinar Harian dan Sinar Islam Plus.

Orang ramai boleh mengikuti siaran tersebut pada setiap minggu pertama hari Jumaat, sebulan sekali di sepanjang 2024. Program sejam tersebut dirakamkan di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, pengisian program yang memberikan pelbagai tema dengan berpandukan Surah Al-Jumu’ah disampaikan oleh moderator, qari, pentadabbur dan tokoh.

Sumber