PEMAJU perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad telah mengemukakan permohonan program Sukuk Wakalah bernilai RM750 juta dalam nilai nominal kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, program tersebut turut memberi fleksibiliti untuk menerbitkan Sukuk Wakalah hijau, sosial, mampan dan bertanggungjawab (SRI).
Beliau berkata, ia selaras dengan rangka kerja pembiayaan kelestarian sulung LBS yang telah menerima Penilaian Bon Impak ‘Emas’ oleh MARC Ratings Berhad (MARC).
“Ia selaras dengan garis panduan SC mengenai produk pasaran modal tidak tersenarai di bawah Rangka Kerja Permulaan dan Pelancaran. Program ini mendapat penilaian awal AA-IS dalam tinjauan stabil oleh MARC.