KUD@KPLB Putrajaya 2019 berbaloi-baloi, datang jangan tak datang!

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) 2019 datang lagi. Kali ini lagi menarik sebab mengetengahkan konsep baharu.

Karnival lima hari bermula 17 Oktober depan di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya itu mengetengahkan konsep keusahawanan sosial dengan membawa usahawan-usahawan sosial untuk membuat pameran dan jualan produk.

Jika selama ini kita hanya lihat produk mereka di laman media sosial, kini anda boleh bertemu dengan pengusaha produk tersebut dan merasai produk jualan mereka.

Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa anda perlu sertai KUD@KPLB Putrajaya 2019 terutamanya bagi anda yang mahu bergelar usahawan.

1. KUD@KPLB Putrajaya 2019 melibatkan sebanyak 1,000 penyertaan, mengandungi segmen-segmen utama seperti:

– 750 booth Pameran dan Jualan Produk Usahawan Desa termasuk booth Selebpreneur serta Usahawan Sosial

– 50 booth Pameran dan Jualan Mesin

– 45 penyertaan Pameran dan Jualan Laman Ternakan serta Laman Tani termasuk urban farming


2. Lebih 60 booth makanan:

– 30 booth makanan dan minuman (F&B)

– 30 Foodtruck

– Lain-lain booth dan penyertaan seperti truck/bas perkhidmatan, booth pembiayaan, penaja dan booth agensi-agensi jemputan

3. Aktiviti Pembangunan Keusahawanan merangkumi aktiviti seperti:

– Trade Day’s KUD@KPLB iaitu aktiviti business matching antara usahawan dengan pemborong serta hypermarket terkemuka dan para vendor serta pembekal mesin yang boleh membantu meningkatkan produktiviti serta kualiti barangan usahawan desa

4. Pelbagai aktiviti tarikan untuk seisi keluarga telah dirancang:

– Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

– Demonstrasi kraf dan memasak untuk golongan wanita

– Persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, dikir barat dan boria

5. Forum Keusahawanan:

– Pocket Talks dengan pelbagai tajuk untuk meningkatkan kapasiti perniagaan serta produk usahawan.

– Bina peluang kerjaya sendiri

– Majlis tandatangan MoU Usahawan serta pelancaran produk baharu

6. Aktiviti Doodle Art, Street Soccer dan Treasure Hunt.

7. Pameran haiwan di Laman Ternakan melibatkan pelbagai jenis haiwan seperti rusa, landak, kancil, arnab, angsa, itik, burung unta dan pelbagai lagi.

8. Persembahan Buskers dan Konsert Aspirasi Seni.

9. Pertandingan e-Sport untuk belia dan remaja

10. Cabutan bertuah:

– Pelbagai hadiah harian dan hadiah bonanza untuk dimenangi

Jadi, jangan lupa kena datang beramai-ramai ke KUD@KPLB Putrajaya 2019 yang akan berlangsung dari 17 hingga 21 Oktober depan.

Bawa keluarga anda untuk menikmati jualan dan promosi produk usahawan tempatan sepanjang karnival itu berlangsung.

KUD@KPLB Putrajaya 2019 janjikan yang terbaik!



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *