KK Super Mart tawar harga istimewa lebih 50 produk terpilih

KK Super Mart tawar harga istimewa lebih 50 produk terpilih

KK Super Mart menawarkan harga melibatkan lebih 50 produk terpilih sempena bulan Ramadan dan Syawal.

KK Super Mart menawarkan harga melibatkan lebih 50 produk terpilih sempena bulan Ramadan dan Syawal.

RANGKAIAN KK Super Mart menawarkan harga istimewa melibatkan lebih 50 produk terpilih pelbagai kategori bermula 26 Mac sehingga 24 April 2023 sempena menyambut bulan Ramadan dan Syawal.

KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, antara produk yang terlibat ialah barang keperluan harian, makanan ringan, minuman berkarbonat dan makanan kucing.

“Keriangan ini boleh dikongsi dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan insan tersayang untuk memeriahkan suasana dan sambutan perayaan tahun ini. Sebagai sebuah jenama Malaysia yang kian berkembang, KK Super Mart berbesar hati dapat meraikan setiap perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.

“Kami ingin berkongsi kegembiraan ini dengan menawarkan promosi-promosi yang menarik dan berbeza mengikut jenis perayaan,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, antara promosi oleh KK Super Mart ialah Cabaran Beli & Menang yang menawarkan hadiah utama wang tunai sebanyak RM1.1 juta untuk direbut.

“Dengan setiap pembelian RM23 dan ke atas, pelanggan layak untuk menyertai cabaran ini yang berbaki hanya dua bulan sahaja lagi sebelum tamat pada 31 Mei ini.

“Pelanggan yang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik yang ditawarkan oleh KK Super Mart,” kata kenyataan itu.

Sumber