KK Super Mart anjur kempen derma darah

KK Super Mart anjur kempen derma darah

KK Chai (berdiri, lapan dari kiri) bersama Azura (sembilan dari kiri) bergambar bersama barisan pemenang kejohanan.

KK Chai (berdiri, lapan dari kiri) bersama Azura (sembilan dari kiri) bergambar bersama barisan pemenang kejohanan.

KK Super Mart (KK) dengan kerjasama dengan Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah berinspirasikan 1 Beg Darah Mampu Selamatkan 3 Nyawa yang diadakan di Bangunan Maju Link, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KK dalam satu kenyataan berkata, objektif utama program itu ialah sebagai satu langkah membantu Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di dalam negara ini.

“Program ini juga dapat menggalakkan orang ramai khususnya warga kakitangan KK Super Mart dan orang awam untuk berpeluang menderma darah dan secara tidak langsung mampu menyelamatkan nyawa individu lain.

“Sepanjang program ini berlangsung, ia mendapat sambutan dan penyertaan yang memberangsangkan dari wakil-wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelab Rela Kehormat & Bersekutu Wilayah Persekutuan, Tekun Nasional, Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH) dan Kelab Lions Kuala Lumpur Taman Tun.

“Program ini berjaya memperolehi 100 perderma darah,” jelas kenyataan itu.

Sumber