Keuntungan bersih Pavilion REIT naik kepada RM288.68 juta

Keuntungan bersih Pavilion REIT naik kepada RM288.68 juta

KEUNTUNGAN bersih Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 meningkat kepada RM288.68 juta daripada RM249.45 juta, setahun lepas.

Perolehannya turut menokok 13 peratus kepada RM554.98 juta berbanding RM490.00 juta, sebelum ini, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Sebahagian besar pencapaian itu disumbangkan oleh hartanah terbaharu, pusat beli-belah Elite Pavilion yang diambilalih pada akhir April 2018 selain peningkatan pendapatan sewaan Pavilion Kuala Lumpur serta kadar penghunian yang tinggi di Intermark Mall.

Ini bagaimanapun diimbangi oleh hasil lebih rendah dengan kebanyakannya disebabkan oleh kadar penghunian rendah di pusat beli-belah DA MEN.

Pendapatan asas Pavilion REIT sesaham meningkat kepada 9.51 sen daripada 8.24 sen, sebelum ini.

Mengulas prospek, syarikat itu berkata keadaan pasaran runcit dijangka mendatar pada separuh pertama 2019 berikutan faktor geopolitik, aktiviti pelaburan yang tidak menentu, harga komoditi yang lemah serta kekurangan pemangkin yang positif.

“Pengurus REIT ini akan terus meninjau aspek penambahbaikan untuk penyewanya, pengurusan kos serta meningkatkan pengalaman beli-belah bagi menarik kehadiran pengunjung. Pada masa sama, ini juga akan memastikan keputusan (kewangan) Pavilion REIT itu kekal mampan.” – Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge