Kempen Beli Barangan Malaysia tingkatkan jualan produk tempatan

Kempen Beli Barangan Malaysia tingkatkan jualan produk tempatan

Fuziah Salleh (tengah) merasmikan majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Pasar Raya Lulu, Kuala Lumpur pada Khamis.

Fuziah Salleh (tengah) merasmikan majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Pasar Raya Lulu, Kuala Lumpur pada Khamis.

LEBIH 600 produk tempatan mencatatkan jualan sebanyak tiga juta unit setakat November melalui kerjasama Pasaraya LuLu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Kerjasama Mengeksport Produk Malaysia ke Luar Negara.

Pasaraya LuLu dalam satu kenyataan berkata, jualan tersebut dicatat hampir 80 syarikat di Malaysia yang mengeksport produk tempatan ke pasar raya itu di tujuh negara.

Menurutnya, antara tujuh negara tersebut ialah Pasaraya LuLu Negara Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain dan India.

“Pada hari ini juga, pihak kami memberi penganugerahan masing-masing kepada tiga syarikat tempatan dan pengeksport Malaysia terbaik bagi tahun ini yang telah cemerlang dalam prestasi penjualan produk di dalam mahupun luar negara.

Sumber