Jangan ganggu ‘pertumbuhan’ jerawat

BAIK golongan wanita mahupun lelaki, anda dinasihatkan supaya tidak memicit jerawat.

Menurut Pakar Dermatologi dari Islamabad, Dr Shumaila Khan, amalan memicit jerawat adalah tidak sihat sekali gus memudaratkan kulit wajah.

“Jangan sesekali ‘mengganggu’ pertumbuhan jerawat dengan memicitnya menggunakan jari.

“Bakteria yang terdapat pada jari-jemari anda akan masuk ke dalam lapisan kulit lalu menyebabkan kemerahan, parut dan keradangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perbuatan sedemikian sebaik-baiknya dielakkan terutamanya dalam kalangan mereka yang memiliki kulit wajah jenis sensitif.

Bagaimana untuk mengenali sama ada anda mempunyai masalah kulit wajah sensitif ataupun tidak?

Femina kali ini berkongsi tiga petanda utama kulit sensitif iaitu:


1- Kulit wajah merah

Lazimnya, individu yang memiliki masalah tersebut kerap mengalami kemerahan dan pedih pada permukaan kulit wajah seperti bahagian pipi, dahi dan dagu.

Puncanya hadir dalam pelbagai aspek antaranya kulit wajah selalu terdedah pada cahaya matahari, salah guna produk atau pemilihan makanan yang kurang sesuai.

2- Kulit tindak balas

Jika anda mendapati kulit wajah mudah mengelupas selepas mengoles krim atau mengaplikasi pembersih wajah, itu bermakna produk yang digunakan adalah tidak bersesuaian.

Berkemungkinan kandungan bahan seperti alpha hydroxy acid, salicylic acid dan glycolic acid dalam produk berkenaan menyebabkan kulit wajah bertindak balas.

Lebih memudaratkan, sekiranya rangkaian produk wajah itu mengandungi pewangi yang tidak ideal kondisi kulit sensitif.

3- Kegatalan

Kulit kering dan kegatalan juga salah satu kriteria kulit wajah sensitif. Bagi mengatasi masalah tersebut pastikan permukaan wajah sentiasa dilapisi krim pelembap dan serum yang membantu meningkatkan tahap kelembapan.

Jangan menggaru wajah menggunakan jari kerana ia akan menyebabkan iritasi dan keradangan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *