Hotel Amari KL saji bufet Ramadan citarasa Malaysia, Amaya

Hotel Amari KL saji bufet Ramadan citarasa Malaysia, Amaya

HOTEL Amari Kuala Lumpur buat pertama kalinya menawarkan bufet Ramadan kepada orang ramai bermula 23 Mac hingga 20 Aprill ini.

Bufet dengan sentuhan hebat chef eksekutif hotel itu, Fadzil Arshad membawakan gabungan citarasa Malaysia dan Amaya seperti kari kepala ikan, ayam panggang percik, kambing panggang, aneka sate, serawa durian, kek lapis Sarawak dan kek suji.

“Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai juadah bufet lain yang disediakan di lapan gerai menampilkan pelbagai jenis masakan daripada aneka panggang, bakar, bergoreng dan bersup.

“Antara menu istimewa lain boleh dirasai adalah seperti sup tulang rawan yang dimakan bersama kepingan roti,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin

Tawaran bufet Ramadan ini berharga RM168 seorang untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah sebanyak RM84 manakala bagi mereka yang membuat pembayaran bermula pada Isnin sehingga 22 March layak menerima diskaun 15 peratus iaitu RM142.80 bagi dewasa dan RM71.40 untuk kanak-kanak.

Untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan, orang ramai boleh menghubungi 603 2330 5800 / 603 2330 5855 atau emel ke foodandbeverage.kualalumpur@amari.com.

Sumber