HONOR X9b 5G Cipta Rekod Jualan 300,000 Unit, Kukuhkan Kedudukan Telefon Pintar Terlaris 2024

HONOR X9b 5G telah mencuri perhatian di pasaran dengan ketahanan dan inovasi luar biasanya.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan paparan yang tahan lasak, terhasil daripada teknologi terkini, HONOR Ultra-bounce Anti-drop Technology, yang membolehkannya menahan impak dari tembakan peluru paintball. Ketahanan yang luar biasa ini telah memberikan pengiktirafan kepada HONOR X9b 5G sebagai telefon pintar pertama di dunia yang menerima pensijilan prestij lima bintang SGS Five-Star Overall Drop Resistance Certification.

Sejak dilancarkan pada bulan November tahun lalu, HONOR X9b 5G telah mencatat kejayaan yang memberangsangkan, dengan jualan yang melebihi 300,000 unit. Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan HONOR X9b 5G sebagai telefon pintar kelas pertengahan terlaris dengan harga melebihi RM1,200 untuk tahun 2024, tetapi juga menandakan keunggulan peranti ini dalam persaingan di pasaran yang semakin sengit. Walaupun terdapat banyak pelancaran jenama telefon pintar lain pada tahun lalu, HONOR X9b 5G terus menjadi pilihan utama pengguna, bahkan diiktiraf sebagai telefon pintar kedua paling banyak dicari di Google Malaysia sepanjang tahun 2023.

HONOR X9b 5G

Siri HONOR X: Warisan Kebingkasan dan Ketahanan
Siri HONOR X sentiasa dihubungkan dengan konsep kebingkasan dan ketahanan, yang merupakan nilai teras yang membanggakan setiap generasi produk dalam siri ini. Setiap generasi siri X menunjukkan inovasi serta peningkatan yang signifikan, mendorong evolusi dalam teknologi telefon pintar. Fokus pada kekukuhan dan prestasi tahan lama ini bukan sahaja menetapkan penanda aras baru dalam pasaran, tetapi juga meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya ciri-ciri tersebut dalam industri telefon pintar yang terus berkembang.

Ramai pesaing kini sedar akan keperluan untuk menerapkan ciri-ciri ketahanan dalam produk mereka dan mula mengikuti jejak langkah siri HONOR X, demi memenuhi cabaran ketahanan yang ditetapkan. Ini seterusnya mendorong perubahan dalam pasaran ke tahap yang lebih tinggi, menjadikan ketahanan sebagai salah satu kriteria utama dalam pemilihan telefon pintar.

Apa Yang Akan Datang? HONOR X9c 5G Menanti di Malaysia!
Pelancaran siri HONOR X generasi baru yang baru-baru ini diadakan di China telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengguna di Malaysia yang tidak sabar untuk melihat peningkatan terbaru dalam peranti tersebut. Untuk menambah lagi keterujaan ini, HONOR Malaysia telah melancarkan video acah yang menunjukkan kedatangan HONOR X9c 5G ke pasaran Malaysia.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai HONOR X9c dan pelbagai perkembangan lain, anda boleh mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau melayari laman sesawang mereka di www.honor.com/my. Dengan pelbagai ciri menarik dan teknologi terkini, HONOR X9c 5G dijangka akan terus menarik perhatian dan memenuhi harapan pengguna di Malaysia.