Harga bufet Ramadan Hotel Tenera berbaloi

Harga bufet Ramadan Hotel Tenera berbaloi

SEMPENA Ramadan kali ini, Hotel Tenera, menawarkan 40 gerai makanan dengan 200 jenis hidangan bufet tradisional cita rasa Malaysia dan autentik khas untuk pengunjung berbuka puasa di hotel yang terletak di Bangi, Selangor itu.

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera, Fadzly Hamzah berkata, bertemakan Bufet Sinar Ramadan 2019, hotel itu bakal menampilkan 10 menu utama yang menjadi pilihan pengunjung sejak 2018 antaranya lidah bakar mulut senget.

Bufet itu akan bermula pada 7 Mei sehingga 3 Jun 2019. Lebih menarik, hotel itu turut menawarkan potongan harga 30 peratus atau RM68 dari harga asal iaitu RM98 dan promosi tempahan awal ini berlanjutan sehingga 30 April ini.

Fadzly berkata, pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi bufet itu melalui laman sosial media.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge