Guardian sasar sediakan 40 juta produk mandian

Guardian sasar sediakan 40 juta produk mandian

Guardian menyumbangkan produk mandian kepada kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Guardian menyumbangkan produk mandian kepada kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home di Petaling Jaya, baru-baru ini.

GUARDIAN Malaysia (Guardian) menyasarkan menyediakan 40 juta produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di bawah kempen tanggungjawab sosial korporat serantaunya, Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak pada tahun 2024.

Pengarah Pemasarannya, Anna Ng berkata, Guardian Malaysia berjaya menyediakan 20 juta produk mandian tersebut pada tahun ini dan ia disokong pelanggan yang membantu meraih pencapaian 100 peratus dalam menyediakan produk tersebut.

“Kami menyediakan 20 juta produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di rantau ini khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Kemboja pada tahun 2023.

“Sebanyak 40,000 botol produk mandian telah disumbangkan kepada kanak-kanak di Malaysia pada 2023.

Sumber