Firma Jerman jangka tahun 2024 mencabar untuk Malaysia

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

SYARIKAT Jerman di Malaysia menjangkakan tahun 2024 mencabar berikutan ketegangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia, kemerosotan ringgit dan kadar faedah yang tinggi, kata Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC).

Menurut tinjauan dwi-tahunan AHK World Business Outlook Fall 2023 MGCC yang fokus kepada sentimen firma Jerman yang beroperasi di Malaysia, mendedahkan bahawa 49 peratus syarikat dari negara itu berkata prospek untuk Malaysia tahun depan akan kekal sama, manakala 34 peratus berkata perkembangan ekonomi tempatan adalah positif.

Ditanya mengenai risiko ekonomi bagi syarikat dalam tempoh 12 bulan akan datang, 51 peratus responden berkata, permintaan menjadi kebimbangan utama, diikuti kekurangan pekerja mahir (46 peratus) dan kadar pertukaran mata wang yang tinggi disebabkan kejatuhan ringgit (46 peratus).

Berdasarkan peristiwa global semasa, ramai responden meramalkan kadar faedah yang tinggi akan kekal di peringkat global, ia akan membebankan pelaburan dan pelabur baharu.

Sumber