MANUSIA secara fitrahnya sukakan kebaikan dan menjadi orang yang baik.
Namun, tahukah kita apakah amalan yang terbaik dalam Islam?
Sebenarnya, ada dua amalan yang paling dianjurkan seperti yang dianjurkan Rasulullah di dalam hadis baginda.
Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?”
Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Berdasarkan hadis ini, seorang muslim hendaklah sentiasa memberi sedekah kepada orang yang memerlukan bantuan.
Ia merupakan amalan yang terpuji dalam Islam.
Selain itu, kita juga digalakkan supaya memberi salam kepada orang yang ditemui sama ada kita kenal atau tidak.
Seperkara lagi, jangan lupa untuk memberi jamuan dalam bentuk sedekah atau hadiah ya.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam melakukan amalan-amalan kebaikan.
(Sumber: Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)