SEAMONEY Capital Malaysia Sdn Bhd menawarkan penyelesaian pembiayaan digital khususnya untuk pengguna dan penjual Shopee melalui SLoan.
Shopee Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, SLoan memberikan lebih fleksibiliti kewangan kepada pengguna Shopee dalam memenuhi keperluan mereka dan melengkapkan cara mereka mengurus kewangan peribadi dengan mudah, cepat dan selamat.
“SLoan untuk penjual Shopee membantu mereka mengukuhkan modal kerja jangka pendek dan memberi mereka kapasiti kewangan yang lebih besar untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan,” katanya.
SLoan ialah penyelesaian pembiayaan digital yang telah diberikan lesen pinjaman wang di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Pembeli dan penjual yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SLoan boleh melawati pusat bantuan kami di https://help.shopee.com.my/portal/article/114257-SLoan-FAQ, untuk mengetahui cara ia berfungsi. – Bernama