Bukit Bintang jadi pentas peragaan Fesyen Raya Lazlook

Bukit Bintang jadi pentas peragaan Fesyen Raya Lazlook

PERUSAHAAN e-commerce antarabangsa, Lazada memeriahkan Jalan Bukit Bintang di sini, dengan pentas peragaan Koleksi Raya Lazlook.

Menampilkan rekaan elegan busana baju kurung dan kebaya berinspirasi moden, sebanyak 10 koleksi jenama tempatan diperagakan di laluan sepanjang 500 meter, bermula di Bukit Bintang sehingga ke pentas akhir di CommonsKL.

Antara jenama yang turut serta ialah Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.

Lebih daripada 50 model memperagakan Koleksi Raya Lazlook, pada Rabu.

Lebih daripada 50 model memperagakan Koleksi Raya Lazlook, pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, kesemua koleksi berkenaan dipersembahkan sebagai ‘lookbook’ langsung dan memberi peluang kepada peminat fesyen untuk mendapatkan inspirasi.

Menurutnya, lebih daripada 50 model terlibat untuk menjayakan pentas peragaan fesyen Raya Lazlook kali ini.

“Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan jenama dan pereka fesyen terkemuka tempatan dalam mempersembahkan Koleksi Raya LazLook menerusi cara yang ‘glam’ dan unik.

“Ia peragaan lain daripada yang lain kerana ini merupakan cara unik untuk menawan hati peminat dalam kategori fesyen dan pelanggan tempatan,” katanya ketika ditemui di CommonsKL, pada Rabu.

Alan Chan

Alan Chan

Tambah beliau, kategori Fesyen Raya Lazlook mendapat sambut hangat sewaktu jam pertama berlangsungnya Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 yang bermula pada 3 Mac lalu di seluruh Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Alan berkata, terdapat pelbagai inspirasi gaya raya dan jenama Muslimah kegemaran ramai serta ganjaran tambahan dengan penjimatan berganda.

“Sempena jualan ulang tahun ini juga, orang ramai boleh menikmati penjimatan seperti ‘Everyday Cashback’ dan penghantaran percuma.

“Bukan itu sahaja, Fesyen Raya Lazlook menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik pada harga berpatutan,” katanya.

Lazada menjadikan Bukit Bintang sebagai pentas peragaan Fesyen Raya Lazlook.

Lazada menjadikan Bukit Bintang sebagai pentas peragaan Fesyen Raya Lazlook.

Jelas beliau, kesemua koleksi baharu yang diperagakan itu tersedia di Lazada dan pelanggan hanya perlu klik pada ikon LazLook.

Acara peragaan itu tidak hanya memaparkan koleksi raya semata-mata, malah terdapat juga perkongsian petua dan tip stail penggayaan yang menarik, aktiviti ‘shoppertainment’ seperti permainan dan cabaran untuk penonton dalam talian dan yang menghadiri program tersebut.

Lebih menarik, kesemua mereka berpeluang untuk memenangi hadiah dan baucar bernilai lebih RM50,000.

Model mengayakan busana raya bermula di Bukit Bintang sehingga ke CommonsKL.

Model mengayakan busana raya bermula di Bukit Bintang sehingga ke CommonsKL.

Acara berkenaan menampilkan Amelia Henderson dan Haziq Hussni sebagai pengacara Fesyen Raya LazLook.

Majlis turut dihadiri selebriti popular antaranya Nora Danish, Nabila Razali dan Naim Daniel.

Sumber