Digi sediakan kantin digital

DIGI Telekomunikasi Sdn Bhd (Digi) menjadi perintis syarikat telekomunikasi pertama dalam menyediakan aplikasi dahmakan sekali gus mewujudkan kantin digital untuk kakitangannya.

Bukan sahaja menyediakan menu sihat, pendekatan itu menunjukkan keprihatinan pihak Digi untuk menjaga kebajikan pekerja dan mendigitalkan ruang kerja.

Kiosk mobile yang disediakan di ruang tumpuan memudahkan pekerja membuat pesanan makanan dengan hanya mengklik pada butang yang disediakan sebelum penghantar membuat penghantaran makanan mengikut masa yang ditetapkan.

Menurut Ketua Pegawai Bahagian Sumber Manusia Digi, Elisabeth Stene, menjadi satu keutamaan untuk memastikan kesihatan dan kebajikan kakitangan dibela sebaik mungkin.

“Kami sentiasa mencari mana-mana kaedah teknologi inovasi yang boleh digunakan untuk menambah baik prestasi kerja dan kebajikan pekerja.

“Inisiatif kolaboratif dengan dahmakan bagi mewujudkan kantin digital ini sebagai contoh, dapat memberi keselesaan kepada kakitangan untuk mendapatkan makanan yang sihat, bernutrisi dan harga berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dahmakan, John Weins berkata, matlamat pihaknya adalah untuk membantu Digi mengeratkan hubungan antara organisasi dengan penyediaan makanan yang seimbang tanpa menyebabkan kakitangan mengeluarkan bajet yang besar.

“Kajian menunjukkan pendapatan syarikat meningkat sekiranya kebajikan pekerja menjadi keutamaan dan kantin digital ini merapatkan jurang sedia ada,” katanya.


Untuk makluman lanjut mengenai kantin digital dahmakan, boleh layari laman web https://canteen.dahmakan.com/



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *