Pertunjukan fesyen terhebat di Lazada

Pertunjukan fesyen terhebat di Lazada

PADA bulan kemerdekaan dan mengambil semangat sayangkan negara, 10 pereka fesyen terkemuka bakal mementaskan koleksi masing-masing secara live menerusi aplikasi Lazada sempena Kuala Lumpur Fesyen Week di Pavilion Kuala Lumpur yang bermula 21 Ogos sehingga 25 Ogos depan.

Antara yang terbabit ialah pereka fesyen yang sedang meningkat naik iaitu Syomir Izwa dan Jimmy Lim selain label dari Malaysia Timur iaitu Wynka Borneo dan Lana.

Bagi Jimmy, beliau yang julung kalinya terlibat dalam pertunjukan bersama Lazada berasa sungguh teruja.

“Kami berbangga apabila turut serta dalam livestream bersama Lazada.

“Dunia kini menyaksikan evolusi konsumerisme dari luar talian kepada dalam talian. Kini, pasaran yang lebih baharu dan besar seperti Lazada menjadi peneraju kepada perubahan kaedah beli-belah dalam talian,” katanya pada satu majlis khas di Pavilion baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow; Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Kevin Lee; Pengarah Urusan HP Inc Malaysia, Fayza Mohamed Amin; Pengasas KLFW, Andrew Tan dan Ketua Pegawai Esksekutif Peruncitan Pavilion KL, Datuk Joyce Yap.

Pada majlis itu juga, Lazada Malaysia juga diumumkan sebagai rakan kongsi rasmi untuk KLFW selain menjadi hos bagi sesi livestream pertunjukan fesyen 10 pereka fesyen tempatan di platform e-dagangnya.

Sementara itu, Chow berkata, kolaborasi itu selaras dengan pendekatan shoppertainment yang diterapkan dalam perniagaan iaitu menyediakan pengalaman yang menghiburkan untuk pelanggan.


“Kolaborasi ini diusahakan sempena kempen bulan Merdeka Lazada Malaysia yang bertemakan Kita MerdeKawan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai persediaan untuk debut pembukaan kedai di Lazada, 10 pereka fesyen yang terlibat bakal menjalani beberapa siri latihan untuk mewujud dan mengoptimumkan ‘kedai mereka’ di platform Lazada.

“Dengan menggunakan sumber Lazada yang disediakan untuk penjual, pereka fesyen tersebut akan mempelajari cara menyusun atur kedai mengikut gaya pilihan tersendiri dan menggunakan alat penjual Lazada bagi membantu mereka menjana trafik ke kedai masing-masing selain menukarkan lawatan ke kedai menjadi jualan,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *