Data ekonomi AS tentukan kedudukan ringgit minggu depan

Data ekonomi AS tentukan kedudukan ringgit minggu depan

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

PASARAN pertukaran asing dijangka kekal berhati-hati minggu depan dengan tumpuan utama terhadap data utama seperti laporan Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) dan kadar pengangguran yang akan menjadi kritikal bagi prestasi ringgit-dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran akan memantau dengan teliti prestasi statistik ini ketika ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menghadiri mesyuarat terakhir untuk tahun 2023 pada 12 hingga 13 Disember depan.

“Sehubungan itu, ringgit berkemungkinan didagangkan sekitar RM4.67 hingga RM4.68 berbanding dolar AS minggu depan kerana peserta akan kekal berhati-hati sebelum mesyuarat FOMC.

“Unjuran ekonomi suku tahunan dalam kalangan kakitangan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan dipantau rapi untuk mesyuarat FOMC akan datang terutamanya pada ramalan Kadar Dana Fed AS untuk 2024,” katanya.

Sumber