Dagangan Bursa Malaysia kembali meningkat pada sesi awal urus niaga

Dagangan Bursa Malaysia kembali meningkat pada sesi awal urus niaga

PRESTASI semalaman Wall Street yang mengukuh telah mendorong Bursa Malaysia untuk kembali meningkat pada sesi dagangan awal pagi ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.08 mata kepada 1,437.41 daripada penutupan Rabu pada 1,435.33.

Indeks utama penanda aras dibuka 0.61 mata lebih tinggi pada paras 1,435.94.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 141 berbalas 101 manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,893 tidak diniagakan dan 14 digantung.

Sumber