Coolblog rai ulang tahun ke-18, buka kedai utama di Pavilion KL

Coolblog rai ulang tahun ke-18, buka kedai utama di Pavilion KL

JENAMA pencuci mulut dan minuman halal tempatan, Coolblog meraikan ulang tahun ke-18 dengan melancarkan kedai utama di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (KL)sebagai tanda peristiwa penting dalam perjalanan pengembangan syarikatnya.

Pengerusi Coolblog Malaysia, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz berkata, matlamat perintis rangkaian ‘bubble tea’ berasaskan kiosk itu bukan sahaja menyediakan hidangan pencuci mulut berkualiti tinggi tetapi turut melahirkan semangat keusahawanan melalui francais.

“Kisah kejayaan ratusan francais di seluruh negara turut menjadi menjadi aspirasi syarikat menyediakan pemilik perniagaan yang bercita-cita tinggi dengan platform untuk berkembang maju melalui keluarga Coolblog.

“Rangkaian luas rakan kongsi francais ini juga telah memainkan peranan penting kepada pertumbuhan syarikat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, menerusi pembukaan kedai utama itu, Coolblog turut melancarkan semula Teh Susu Keju Creme Brûlée yang dinanti-nantikan iaitu campuran teh susu yang kaya dengan sirap gula perang premium, boba hitam dan mousse keju karamel.

Menurut Tunku Ali Redhauddin, menu berkenaan tersedia secara eksklusif di kedai baharu itu dan menjanjikan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan oleh penggemar teh susu.

“Coolblog Pavilion KL juga akan menampilkan menu eksklusif yang menawarkan pilihan minuman panas dan wafel premium yang menarik. Melalui tawaran eksklusif di kedai utama itu, pihak kami menyasarkan untuk memenuhi pilihan yang pelbagai kepada pelanggan yang dihargai,” katanya.

Menu menarik ditawarkan di Coolblog Pavilion KL.

Menu menarik ditawarkan di Coolblog Pavilion KL.

Tambahnya, Coolblog juga menyasarkan untuk membuka 20 lagi kedai baharu menjelang akhir tahun ini, meskipun berdepan cabaran kos sara hidup.

Syarikat itu katanya, kekal teguh dalam komitmen untuk menyampaikan pencuci mulut mampu milik dengan kualiti terbaik bermula pada harga RM4.90 bagi pelbagai tawaran menu terbaik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog Malaysia, Sueli Lew berkata, pembukaan kedai utama itu juga bagi meraikan perjalanan selama 18 tahun dengan kedai pertamanya di Sutera Mall di Johor kepada hampir 330 cawangan di seluruh negara ketika ini.

“Kami teruja untuk meneruskan perjalanan bercita-cita tinggi kami dengan membawa pengalaman Coolblog kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan memastikan setiap pelanggan dapat menikmati hidangan lazat syarikat kami di mana sahaja mereka berada.

“Penggemar pencuci mulut dijemput untuk menikmati tawaran pelbagai perisa menarik di Coolblog Pavilion KL yang dibuka setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Ujarnya, bagi merancakkan lagi pembukaan kedai baharu itu, pihaknya turut menawarkan promosi ‘beli 1 percuma 1’ mengikut masa terhad,” katanya.

Sumber