Bursa Malaysia ditutup tinggi – Sinar Harian

Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi pasaran serantau yang kukuh, dengan minat belian terutamanya dalam saham perbankan dan telekomunikasi, menjelang pembentangan Belanjawan 2024 esok. - Gambar hiasan

Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi pasaran serantau yang kukuh, dengan minat belian terutamanya dalam saham perbankan dan telekomunikasi, menjelang pembentangan Belanjawan 2024 esok. – Gambar hiasan

BURSA Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi pasaran serantau yang kukuh, dengan minat belian terutamanya dalam saham perbankan dan telekomunikasi, menjelang pembentangan Belanjawan 2024 esok.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.33 mata kepada 1,443.82 daripada 1,436.49 pada Rabu.

Indeks, yang dibuka tinggi 1.47 mata kepada 1,437.96, bergerak antara 1,437.96 dan 1,446.06 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 587 berbanding 341 manakala 439 kaunter tidak berubah, 988 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Sumber