Bursa Malaysia ditutup rendah, jejaki bursa serantau

Bursa Malaysia ditutup rendah, jejaki bursa serantau

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.37 peratus atau 5.36 mata kepada 1,451.02 daripada 1,456.38 semasa ditutup pada Jumaat. - Foto hiasan

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.37 peratus atau 5.36 mata kepada 1,451.02 daripada 1,456.38 semasa ditutup pada Jumaat. – Foto hiasan

BURSA Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah dalam kebanyakan pasaran serantau berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu sebilangan data ekonomi utama daripada beberapa negara, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.37 peratus atau 5.36 mata kepada 1,451.02 daripada 1,456.38 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.41 mata kepada 1,454.97 dan bergerak antara 1,448.17 dan 1,457.02 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 591 berbanding 306, manakala 430 kaunter tidak berubah, 995 tidak diniagakan dan 27 lain digantung dagangannya.

Sumber