Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit, prestasi Wall Street tidak menentu

Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit, prestasi Wall Street tidak menentu

BURSA Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sedikit di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan prestasi tidak menentu di Wall Street, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.60 mata kepada 1,441.30 daripada penutupan Jumaat pada 1,441.90.

Indeks penanda aras dibuka 1.86 mata lebih rendah pada 1,440.40.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 177 berbanding 97 manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,869 tidak diniagakan dan 76 digantung.

Sumber