BISA jadi sokongan, motivasi Farm Fresh ke antarabangsa

BISA jadi sokongan, motivasi Farm Fresh ke antarabangsa

24 Februari 2023 07:08amMasa membaca: 4 minit

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal, menerima Anugerah Jenama Tenusu Terunggul 2023 disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal, menerima Anugerah Jenama Tenusu Terunggul 2023 disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.

PENGANUGERAHAN Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) menjadi sokongan moral dan motivasi kepada Farm Fresh untuk terus memajukan jenama perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, selain BISA, setiap anugerah yang dimenangi juga secara langsung dapat menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan lain untuk berusaha dengan lebih keras.

“Saya gembira menang Anugerah BISA ini, terutamanya ini adalah anugerah program BISA Sinar Harian yang pertama, jadi ia satu penghargaan kepada kami.

“Bagi saya, Anugerah BISA itu bagus untuk Sinar Harian selaku media untuk memberi pengiktirafan kepada para usahawan.

“Ia memberi motivasi kepada usahawan-usahawan kecil supaya mereka boleh kerja dengan lebih kuat lagi kerana mereka memerlukan pendedahan dan pengiktirafan terutamanya daripada media sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.

Azmi (kanan) dan isterinya bergambar bersama Anugerah BISA yang diterimanya pada Khamis

Azmi (kanan) dan isterinya bergambar bersama Anugerah BISA yang diterimanya pada Khamis

Azmi menerima Anugrah BISA bagi kategori Anugerah Jenama Tenusu Terunggul 2023.

Ujar beliau, Farm Fresh menyasarkan untuk menjadi jenama tenusu yang dikenali di seluruh Asia.

“Kita dah mula berkembang ke Filipina. Tahun depan ke Indonesia dan kita pun sudah ada di Australia.

“Kita, jenama-jenama tempatan ini kena jadi juara di negara-negara luar,” ujarnya.

BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.

Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.

Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City malam tadi.

Sumber